// Script created by http://icoder.com // Subscribe to freescripts@icoder.com for this // and many other essential web site scripts. function getToday() { var d = new Date(); d = ["Ahad", "Isnin", "Selasa", "Rabu", "Khamis", "Jumaat", "Sabtu"][d.getDay()] + ", " + d.getDate() + " " + ["Januari", "Februari", "Mac", "April", "Mei", "Jun", "Julai", "Ogos", "September", "Oktober", "November", "Disember"][d.getMonth()] + " " + d.getFullYear(); document.write(d); } -->


Khidmat Buat Website Sponsoring MLM Mudah dan Pantas .
Diperkenalkan Oleh
Team Gerik
0192737369 & 0194626002
pinjaman@mudah-pinjam.com
Bantuan Kami

Bantuan Admin
MEJA BANTUAN
admin @mudah-pinjam.com

Profil KOWAMAS...


Koperasi Wawasan Malaysia Berhad D-3-0219 (Kowamas) (dahulunya dikenali sebagai Koperasi Lepan Kabu Berhad) telah ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 pada tahun 1998. Penglibatan awal koperasi dimasa itu adalah berkisar dalam perniagaan retail di Kuala Krai dan Kota Bharu, Kelantan.

Pada penghujung 2007, sembilan (9) Ahli Lembaga baru telah dilantik untuk mengemudi jawatan-jawatan penting di dalam koperasi. Di bawah pengurusan Lembaga yang baru ini, koperasi telah berjaya membentuk arahtuju dalam mengembangkan dan memperbagaikan perniagaannya sejajar dengan objektif untuk pembangunan status ekonomi ahli-ahli disamping membantu Kerajaan mencapai visi dan misi kepada masyarakat Malaysia yang makmur dan majujaya.

Kowamas, nama komersial yang terbaru dalam pasaran, selaras dengan arahtuju operasi dan kepentingan perniagaannya telah mencapai persetujuan dengan sebuah institusi kewangan yang terbesar di Malaysia untuk mengujudkan skim pembiayaan peribadi kepada ahli-ahlinya dan telah juga mengenalpasti beberapa lokasi yang stratejik untuk pembangunan hartanah.

Disamping itu, Kowamas juga sedang di dalam peringkat rundingan terakhir untuk menceburi sektor pengangkutan, perladangan dan retail.

Koperasi Wawasan Malaysia Berhad  (Kowamas)
, formerly known as Koperasi Lepan Kabu Berhad was established in 1998 operating retailing business based in Kuala Krai and Kota Bharu in Kelantan.

In late 2007, nine (9) new Board Members were elected to the Board entrusted to hold key positions at the board level. Under this new stewardship, Kowamas is gearing towards broader milestone in its business objectives with clear conscience to assist and enhance the economic status of its members as well as supplementing the Government's vision, policies and efforts towards an inflation free Malaysia.

Kowamas, the new branding in the market, consistent with its renewed operation and business interest had made strategic tie-up with the biggest Bank in Malaysia to provide financial facilities to its members and had already identified a few strategic locations to venture into the property development market.

Pembangunan Hartanah

Koperasi juga melibatkan diri dalam bidang pembangunan Hartanah. Buat masa sekarang, perancangan telah dibuat untuk memajukan sebidang tanah seluas 38.6 ekar yang terletak di Jajahan Machang, Kelantan. Pembangunan hartanah ini melibatkan pembinaan sejumlah 310 unit rumah kos sederhana dengan saiz binaan 20X70 dan 182 unit rumah kos sederhana dengan saiz binaan 20X65. Pembangunan hartanah ini akan melibatkan kos pembangunan melebihi RM 35 juta yang seterusnya akan menyumbang kepada ekonomi tempatan Jajahan Machang khasnya dan Kelantan amnya.

Bagi tujuan pembangunan ini, Koperasi telah mengambil beberapa langkah penting demi memastikan pembangunan ini menepati citarasa semasa dan keperluan asas sesebuah keluarga. Disamping itu, ciri binaan juga menitik beratkan nilai-nilai estatik tempatan dan kualiti binaan yang pastinya akan memenuhi citarasa pembeli.

Pembangunan hartanah ini akan dilancarkan pada awal tahun 2009 dan dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun 2011. Untuk mereka yang berminat silalah buat tempahan awal dengan mendaftar melalui borang online yang disediakan.
.

  • Pejabat Urusan Perniagaan

    C-1301, 13th Floor,
    Block C, Kelana Business Centre, Jalan SS 7/2, Kelana Jaya,
    47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan


    Tel No : 03-7804 9349
    Fax No : 03-7805 4785

    Talian Hot Line :
    03-7804 0478

  • Pejabat Urusan Pinjaman

    Ruang Legar, Tingkat Atas, Medan Usahawan,
    Hadapan Stadium Sultan Mohd Ke IV, Jalan Mahmood,
    15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

  • Pengurusan

    Dato' Mohamed Farid Mohamed Zawawi
    Pengerusi Eksekutif

    Abdul Razak Anuar
    Pengurus Besar Operasi

    Dato' Shukree Isa
    Pengurus Besar-
    Pembangunan Perniagaan


    Mansor Zain
    Pengurus Kanan-Pentadbiran
  • Bank Utama

    1. Malayan Banking Berhad
    2. Bank Kerjasama Rakyat Berhad
    3. CIMB Bank Berhad

Keanggotaan KOWAMAS

Keanggotaan KOWAMAS adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira kaum atau bangsa. Keanggotaan adalah secara sukarela dengan mengutamakan konsep perpaduan, muhibbah dan kerjasama dikalangan anggota-anggota.

KOWAMAS diasaskan berpandukan prinsip yang mengutamakan kebajikan anggota-anggota dari segi perkembangan sosio ekonomi dengan memberi bantuan kewangan, khidmat nasihat, peluang niaga serta pinjaman dalam usaha meningkat lagi daya usaha dan produktiviti anggota-anggota demi membentuk masyarakat Malaysia yang makmur dan sejahtera.

Permohonan Menjadi ahli

Permohonan menjadi anggota hendaklah di buat dalam borang rasmi koperasi dan di alamatkan kepada Setiausaha Koperasi.

Fi Masuk

Tiap-tiap permohonan untuk menjadi anggota hendaklah di sertakan dengan fi masuk sebanyak RM50.

Syer Anggota

Syer minima RM 200.

Sertai Kami Sekarang!
Info Terkini

Mudah-Pinjam Dilancarkan!

08 Mac 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Web Group ini akhirnya berjaya disiapkan dalam tempoh singkat. Terima kasih kepada yang memberi sokongan. Anda semua dijemput untuk menjadi ahli web ini secara percuma.. Sertai sekarang http://mudah-pinjam.com/pendaftaran.php. Harap Maklum.


Sponsor
Malaysia Web Hosting

PENAFIAN: Ini adalah laman web Group. Ia bukan laman web rasmi syarikat yang disertai

Dijana oleh (c) 2010 KOWAMAS & Digital Apprentice Online Business